Anda sudah boleh menyemak cara pendaftaran dalam talian untuk Perubatan Madani dan status kelayakan Skim Kesihatan Bantuan Rawatan di Klinik Madani pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Skim ini bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di klinik-klinik pengamal perubatan swasta umum (GP) berdekatan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan.
Rawatan ini akan diberikan secara percuma kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah skim ini. Kelayakan adalah secara automatik, jadi sesiapa yang layak akan menerima perkhidmatan perubatan di klinik-klinik swasta(GP) yang telah berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani ini.
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Rawatan pesakit luar kes akut TERMASUK:
- Demam dan Selsema
- Cirit Birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit Kepala
- Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Rawatan yang TIDAK termasuk:
- Imunisasi Rutin
- Saringan Kesihatan
- Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin
- Perancangan Keluarga Rutin
- Perkhidmatan Rehabilitasi
- Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan Suplemen
Daerah terlibat program rintis Skim Perubatan MADANI ialah daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Sila layari laman web ProtectHealth terlebih dahulu untuk menyemak lokasi klinik dan daerah yang ada di bawah Skim Perubatan MADANI. Klik sini untuk maklumat lanjut >>【Malaysia Madani – Belanjawan 2023】
Join Our Telegram for more latest news and promotions:
https://t.me/jrsharing
Follow JR Sharing Facebook Page:
https://www.facebook.com/JRSharingCom
Follow our Instagram:
https://www.instagram.com/jrsharing/
Valid date is from 15 June – 31 Dec 2023.